Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Proton V.S Perodua

Syarikat Automotif Negara Proton dan Perodua merupakan syarikat pembuatan kereta yang telah lama bertapak di Malaysia. Sehingga kini, Proton yang dahulunya meminjam teknologi Mitsubishi yang merupakan rakan automotif. Tetapi kini, Proton sudah menunjukan impak yang positif dalam pembuatan kereta. Setelah hampir 25 tahun mengutip kezaman. Namun ape yg akan berlaku, Perodua kini juga telahpun mengambil alih syer pasaran suatu ketika dahulu membuatkan Proton terpaksa bekerja keras untuk merampas kembali kedudukan selaku pengeluar kereta nasional .

Kereta Global Proton Bakal Mengubah Persepsi Masyarakat Dunia.

Imej
Memetik sumber dari pelbagai media hari ini, Proton Holdings Bhd (Proton) bakal mengeluarkan kereta global pertama sepenuhnya pada Februari tahun depan. Selaras dengan perancangan itu, Proton akan mengkaji semula kedudukan kesemua 108 vendornya, di mana ketika ini 20 vendor pertama sedang dinilai. Bagi menghasilkan sebuah model kereta bertaraf global, Proton memerlukan setiap vendor menghasilkan peralatan dan komponen berkualiti tinggi dan menepati piawaian bertaraf antarabangsa. Menurut Pengarah Urusannya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Proton tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak mana-mana vendor yang gagal mencapai syarat piawaian dan standard ketat yang telah ditetapkan. Mengulas lanjut berkenaan model global Proton yang dikenali dengan kod P3-21A , model itu akan menggunakan 95 peratus komponen tempatan. Menurut Syed Zainal lagi, model kereta itu bukan saja untuk pasaran tempatan atau serantau sahaja, sebaliknya ia akan diterima di mana-mana sahaja ker...